Fahd’s Blog

Salam Kemerdekaan ke-52 Tahun

Posted in Social Interactions by alfahd on 2009/08/30

1Malaysia

Salam Kemerdekaan! Salam 1Malaysia!  Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-52 tahun

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7

Maksudnya :dan ingatlah takkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku ke atas kamu dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih”.

Kemerdekaan yang dinikmati bermakna kita bebas daripada penjajahan fizikal , spiritual dan mental. Bermaruah dan membina tamadun negara bangsa mengikut acuan sendiri.

Hayatilah erti kemerdekaan sebenar…

Salam Ramadhan 1430H

Posted in Life by alfahd on 2009/08/19

Firman Allah S.W.T

MaksudNya:
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” (Surah al-Maidah: 42)

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehkah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (Surah al-Baqarah: 185)

” dan tiadalah aku bebaskan diriku, sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku amat pengampun lagi amat penyayang. (Surah Yusof: 35)

Sabda Rasullullah S.A.W

Maksudnya:

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup
semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).” (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu” Dari Abu Hurairah r.a (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana
berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Didirikan Islam atas lima perkara antaranya puasa Ramadhan” (Riwayat al-Bukhari)

“Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun, walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

“Sesiapa yang biasa muntah dan dia berpuasa maka tidak wajib ke atasnya qadha’ puasa. Dan sesiapa yang sengaja muntah, maka hendaklah mengqadha’kannya.” (Riwayat Ashabul Sunan)

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami bangkit untuk solat (subuh). Dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air” (Riwayat Ahmad)

“Kekallah umatku dengan kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang ia tinggalkan dari makanan dan minumannya” (Riwayat al-Bukhari)

“Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita sepaya bulan Ramadan berpanjangan selama setahun” ( H.R. Tabrani dan Baihaqi )

Doaku
Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa kami yang terdahulu dan yang terkemudian. Kurniakanlah kami dengan kejayaan dan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, jauhilah kami dari azab seksa nerakaMu. YaAllah, berkati, rahmati dan redhailah diri ini, ayah, ibu, adik-beradik, seluruh keluarga, sahabat-andai, rakan-taulan dan saudara muslimin-muslimat semuanya Aaminn…