Fahd’s Blog

Salam Eid Ul Fitr 1430H

Posted in Life by alfahd on 2009/09/20

fahd

Perpaduan Melayu-Islam, tanggungjawab UMNO dan PAS

Posted in Political Point of View by alfahd on 2009/09/15

Syukurlah Alhamdulillah kurniaan segala nikmat Allah SWT, Tuhan yang Agong, tuhan memerintah sekalian alam.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meraikan Eid Ul Fitr 1430H. Sukalah saya mengambil peluang ini untuk mengajak saudara muslimin-muslimat khususnya dikalangan Melayu-Islam di tanahair tercinta ini beristiqamah dan memikirkan sejenak akan nikmat perpaduan.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya

‘Sesungguhnya orang yang mukmin itu bersaudara di antara satu dengan yang Lain.’
(Surah al-Hujurat : 10)

‘Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
(Surah al-Hujurat: 13)

Melalui seruan Ilahi yang Maha Suci itu marilah kita bersama-sama semua ummah khususnya  di tanah air tercinta ini memperkukuhkan tali persaudaraan, hubungan silahturrahim supaya kita dapat membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

Pesanan ini juga sebenarnya saya lebih khususkan kepada muslimin-muslimat, Melayu-Islam diantara pemimpin-peminpin, ahli-ahli dan para penyokong kedua-dua parti politik yang mewakili sebahagian besar ummah Melayu-Islam iaitu UMNO dan PAS. Betapa pentingnya perpaduan diantara kita untuk menjamin kesinambungan kejayaan pada masa akan datang.

Penghayatan 10 Akhir Ramadhan

Posted in Life by alfahd on 2009/09/10

Menurut Ibn Abbas dan A;-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan terdapat kesepakatan ulama bahawa nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) berlaku secara sekali gus pada malam Lailatulqadar dalam bulan Ramadan

Firman Allah SWT:
Maksudnya:

“Al-Quran itu telah tersimpan di Luh Mahfuz” (Al-Buruj: 22)

“Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ). Sejahteralah malam (yang barakah) itu hingga terbit fajar” (Surat al-Qadar ayat :1-5)

” dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu mengenai aku, maka ( beritahu kepada mereka ) sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada Mereka ), aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku ( dengan mematuhi perintahku ), dan hendaklah mereka beriman kepada aku supaya mereka menjadi baik serta betul” (Surah al-Baqarah ayat: 186)

”Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusu’ dalam sembahyangnya” (Al Mu’minuum: 1)

”Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di sisi Allah ialah orang kafir kerana mereka tidak mahu beriman” (al-Anfal: 55)

”Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku (Azzariyat: 56)

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut langkah syaitan.” (Al-Baqarah: 208)

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar” (Surah al-Isra’ ayat : 9)

“Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan” (Al-An’am:38)

Sabda Rasullulah SAW:

”Barang siapa yang beribadat pada malam Lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu” (Riwayat: Bukhari, Muzlim, Nasai dan Ahmad)

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu” (H.R. Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan” (Hadis Riwayat Bukhari)

”Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah)

“Barang siapa menghidupkan Lailatulqadar, lalu mendapatkannya” (Dari Dari Abu Hurairah, Riwayat: Muslim)

”Ramai orang yang mendirikan sembahyang tetapi hasilnya ialah penat dan lelah sahaja” (Riwayat: Ibn Majah)

Tingkatkanlah Amal Ibadah di Malam 10 Akhir Ramadhan. 21 Ramadhan 1430H = 11-09-2009