Fahd’s Blog

Perpaduan Melayu-Islam, tanggungjawab UMNO dan PAS

Posted in Political Point of View by alfahd on 2009/09/15

Syukurlah Alhamdulillah kurniaan segala nikmat Allah SWT, Tuhan yang Agong, tuhan memerintah sekalian alam.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meraikan Eid Ul Fitr 1430H. Sukalah saya mengambil peluang ini untuk mengajak saudara muslimin-muslimat khususnya dikalangan Melayu-Islam di tanahair tercinta ini beristiqamah dan memikirkan sejenak akan nikmat perpaduan.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya

‘Sesungguhnya orang yang mukmin itu bersaudara di antara satu dengan yang Lain.’
(Surah al-Hujurat : 10)

‘Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
(Surah al-Hujurat: 13)

Melalui seruan Ilahi yang Maha Suci itu marilah kita bersama-sama semua ummah khususnya  di tanah air tercinta ini memperkukuhkan tali persaudaraan, hubungan silahturrahim supaya kita dapat membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

Pesanan ini juga sebenarnya saya lebih khususkan kepada muslimin-muslimat, Melayu-Islam diantara pemimpin-peminpin, ahli-ahli dan para penyokong kedua-dua parti politik yang mewakili sebahagian besar ummah Melayu-Islam iaitu UMNO dan PAS. Betapa pentingnya perpaduan diantara kita untuk menjamin kesinambungan kejayaan pada masa akan datang.

Advertisements

Hapuskan Rahsuah! Singkirkan Pemimpin Korup!

Posted in Political Point of View by alfahd on 2009/03/24

pemimpin-berjasaPemimpin berjasa silih berganti di dalam perjuangan demi memperkasa Islam Melayu dan Malaysia tercinta.

Setelah 51 tahun merdeka arena politik negara dilanda gelombang yang tidak setabil sehingga ke hari ini.

Bersempena Persidangan Agung UMNO ke-59 , 24-28 Mac 2009 bertempat di PWTC Kuala Lumpur akan membawa perubahan besar di dalam kepimpinan parti dan seterusnya kesinambungan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Pemimpin yang tidak mempunyai ciri-ciri jatidiri tulen di dalam memperjuangan Agama, Bangsa dan Negara haruslah disingkirkan.

Kita tidak mahu, khususnya dikalangan Bangsa Melayu menghadapi krisis kepimpinan yang bercelaru sehinggakan kita lupa akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul untuk memajukan dan memperkasa yang termaktub di dalam agenda perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Selamat bersidang kepada saudara-saudaraku di persidangan tahunan kita.

Berjuanglah dengan perjuangan dan semangat yang suci abadi demi Islam, Melayu dan Malaysia…

Sentiasa ingat dan sematkan di dalam diri dengan perintah Allah jauhi larangan Allah dan ingat pesan Rasullullah…

Allah s.w.t berfirman di dalam Surah al-An’aam ayat :165

Yang bermaksud :Dan dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat. Kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi maha Mengasihani “.

Duri Dalam Daging

Posted in Political Point of View by alfahd on 2009/01/16

Teringat kata-kata seorang sahabat karib, “kalau kita tak tolong bangsa kita sendiri, adakah bangsa lain akan tolong kita…”

Persoalan di benak fikiran ini ialah kenapa pemimpin melayu di dalam parti politik pembangkang sanggup mengadaikan hakmilik bangsa dalam meraih populariti dan sokongan politik semata-mata. Adakah perjuangan sebegini yang kita tuntut dalam usaha membangunkan agama, bangsa dan negara.

Isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun oleh Kerajaan Perak kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri.  

Ir. Mohammad Nizar Jamaludin menjelaskan pemberian tersebut prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Najib Tun Razak pula menjelaskan dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN.

Hari ini 15 jan 2009, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Ayah dan Ibu berada di Felda…Alhamdulillah ekonomi keluarga bertambah baik

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian…