Fahd’s Blog

Selamat Tahun Baru 1431Hijrah

Posted in Social Interactions by alfahd on 2009/12/18

1431 Hijrah

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya

…(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah’…’ (Surah al-Hajj: 40)

‘Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyambah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agama kamu, dan untukku agamaku.’ (Surah al-Kaafirun : 1-6).

Advertisements

Salam Kemerdekaan ke-52 Tahun

Posted in Social Interactions by alfahd on 2009/08/30

1Malaysia

Salam Kemerdekaan! Salam 1Malaysia!  Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-52 tahun

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7

Maksudnya :dan ingatlah takkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku ke atas kamu dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih”.

Kemerdekaan yang dinikmati bermakna kita bebas daripada penjajahan fizikal , spiritual dan mental. Bermaruah dan membina tamadun negara bangsa mengikut acuan sendiri.

Hayatilah erti kemerdekaan sebenar…

Babi yang haram

Posted in Social Interactions by alfahd on 2009/05/25

Al-Qur’an banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat.

Wabak JE

Japanese Encephalitis atau akronimnya JE, merupakan sejenis penyakit berjangkit bawaan.

Ia disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Virus JE membiak di dalam tubuh khinzir. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE. Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus.

Ia boleh menyebabkan keradangan serius pada membran atau selaput yang mengelilingi otak, seterusnya mengakibatkan kerosakan otak kekal dengan kadar mortaliti maut yang tinggi.

Wabak JE paling buruk pernah melanda negara ini di Negeri Sembilan, pada tahun 1998 hingga 2000. Dalam tempoh tersebut hampir 85 kematian telah dicatat.

Wabak Selsema Babi atau Influenza A H1N1

Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1)

Wabak ini mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia.

Kajian

Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.

Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.

Peringatan

Justeru sejak 1430 tahun hijrah lalu, al-Qur’an telah memperingatkan sebanyak empat kali tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia.

Firman Allah s.w.t.

Surah al-Baqarah ayat 173-172:

Wahai orang yang beriman ! makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadah kepada-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.

Surah al-Maidah ayat 3:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Sabda Rasulullah SAW

Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Wahai Kaab bin ‘Ujrah Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk syurga jika terdapat daging yang tumbuh di dalam tubuh badannya daripada sumber yang haram. ( Riwayat Ad-Darimi )

Kesimpulan

Allah s.w.t. mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan.

Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia.

Valentine’s Day

Posted in Social Interactions by alfahd on 2009/02/18

Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui simbol-simbol atau iklan-iklan tidak Islamik hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine.

Pelbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat khabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Sejarah Valentine

Sungguh merupakan hal yang ironis (menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri ‘terjun’ dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus jauh dari erti yang sebenarnya. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa waktu ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Teruskan penghayatan di http://nurfirdaus.blogspot.com/

Kesimpulan

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan Ajaran Islam”.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidnag pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh Agama Islam”.

Wallahua’alam

Fahd

Kepimpinan Ketuanan Melayu

Posted in Social Interactions by alfahd on 2009/01/29

Kepincangan parti politik utama orang melayu amat meruncing ketika ini. Selepas PRU ke-12, pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu tampaknya tiada apa yang dapat menggangu-gugat kekutan pembangkang.

Kepercayaan rakyat khususnya dikalangan orang melayu sendiri semakin terhakis seperti proses hakisan dibantuan hampar di tepi lautan dan semakin menipis seperti lapisan ozon di ruang udara atmosfera.

Entah mana silapnya tetapi jelas dan nyata kesalahan dan kesilapan itu samada yang tersurat mahupun yang tersirat dikalangan mereka.

Suatu ketika dulu di zaman pemerintahan era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohamed, kekuatan dan keutuhan parti dibina dari dalam. Kakuatan jatidiri, semangat perjuangan yang ikhlas kerana cintakan agama, bangsa dan tanahair amat terserlah tidak kira dimana-mna samada di bandar-bandar, di pekan-pekan, di kampung-kampung dan segenap pelosok desa. Kekuatan itu tidak mampu digugat dan perjuangan itu ikhlas…

UMNO harus insaf dan sedar, harus kembali kepada perjuangan asal. Membina dan mengembeleng kekuatan dari dalam (lahiriah dan rohaniah) dikalangan ahli-ahli parti dari pucuk pimpinan ke akar umbi. Kelangsungan perubahan harus menjadi agenda utama dalam usaha mereformasikan agenda perjuangan yang tulen, ikhlas dan sejati.

Saya percaya ada lagi dan masih ramai lagi sebenarnya..mungkin diam tidak mampu dan berdaya melakukan apa-apa.

Ayuh bangkit! Perjalanan kita masih jauh dan berliku…